Fadzil Noor : Maestro Siasah dan Dakwah Malaysia

Author:   

Sang murabbi ini telah mewakafkan hidupnya untuk perjuangan Islam, semenjak zaman muda yang tidak pernah lelah. Kehadirannya dalam masyarakat disedari oleh umat. Beliau mengharungi zaman payah perjuangan, melepaskan jawatan sebagai penjawat awam untuk meraduk medan juang yang penuh getir, terjahan fitnah menerkam bertubi-tubi namun beliau terus mara tanpa menghiraukan penistaan. Ustaz sentiasa mengambil berat dan peduli maka wajarlah disayangi oleh ummat, didoakan selepas meninggalkan alam yang fana ini.

Dato’ Haji Fadzil Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa umat Islam sehingga kini “Ustaz Fadzil” adalah pemimpin dan tokoh perjuangan yang sangat dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa. Tampang fizikalnya sederhana, namun penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau menyihir manusia. Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir, beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.

Pakej kepimpinan yang ada pada insan besar ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah ilahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dan meranum dengan semangat cintakan kepada ilmu. Kegilaanya adalah pada buku, tabiat ini dibawanya ke akhir hayat. Beliau meminati tokoh-tokoh besar perjuangan Islam seterusnya mengheret beliau menyintai bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi.

RM20.00

Sold Out

To be notified when this product is back in stock please click here.

Condition: , New
ISBN: 9789675968198
Shipping Weight: 0.45kgs
Publisher: Jundi Resources
Published: 2012
First Published: 2012


This product was added to our catalog on Monday 21 May, 2012.

Let us notify you when this product is back in stock!

Simply enter your details below and we will send you an e-mail when “Fadzil Noor : Maestro Siasah dan Dakwah Malaysia” is back in stock!

We will not send you any other e-mails or add you to our newsletter, you will only be e-mailed about this product!





Your IP Address is: 23.22.252.150