Gelombang di Pesisir Waktu

( Kumpulan Rencana Politik, Gerakan Islam, Kekusasteraan dan Kehidupan )

Author:   

Bisikkan sajalah kepadanya di mana akan ada majlis ceramah budaya yang merangsang, di mana boleh dijumpai buku sastera yang mencabar dan di mana pula dapat ditemui watak pendakwah yang mengilhami. Jika dirinya sihat, dan masanya terluang, kita akan terserempak dengannya. Dan apa yang berlaku ini benar pada dekad lima puluhan abad lalu, dan tampaknya masih benar juga pada dekad awal abad ini. Abdul Shukur Harun, seorang seniwana berbadan kecil bervisi besar, akan berupaya hadir di mana-mana saja terbentang ladang ilmu duniawi dan madrasah agama ukhrawi...

... Perjalanan rohaninya di bidang agama, budaya dan siasah yang bermula daripada dekat lima puluhan abad lalu ke abad ini, adalah satu perantauan yang jerih dan, tidak mustahil, meletihkan. Tapi, rekod kecintaan masyarakatnya, menunjukkan bahawa Shukur Harun akan terus berada di tengah-tengah kegiatan penting masyarakat selagi “nyawa dikandung badan”. Dengan begitu, kita sedang berhadapan dengan seorang watak yang sentiasa menguntungkan agama, bangsa dan tanah air. Bukunya ini adalah sebahagian daripada bukti kecil tersebut.

– A Samad Said

RM25.00

Add to Cart:

Condition: , New
ISBN: 9789833172405
Shipping Weight: 0.27kgs
Publisher: Indie
Published: 2012
First Published: 2012


This product was added to our catalog on Monday 21 May, 2012.

Your IP Address is: 54.234.42.16