Orang Melayu : Masalah & Masa Depan

Author:   

Islam mempertegaskan bahawa bangsa-bangsa yang mewarnai dunia ini dicipta oleh Allah SWT untuk saling kenal mengenal antara satu sama lain. Sejarah perkembangan kelompok bangsa-bangsa ini sudah tentu penuh dengan pelbagai sudut pandangan dan tafsiran di sepanjang zaman. Dalam mengupas persoalan susur galur sesebuah masyarakat dan kaitannya dengan pembinaan sesebuah negara, maka isu yang menyentuh rumpun Melayu secara khususnya menarik minat pelbagai kumpulan pengkaji sosio-budaya dan sejarah dari dalam dan luar negara. Kajian yang terkandung dalam buku ini pula adalah berperanan untuk menyumbang kepada perbendaharaan ilmu dan kefahaman yang lebih mendalam tentang orang Melayu dalam membina sebuah tamadun serta cabarannya dalam sebuah negara. Mauduk yang sebegini besar dan kompleks sebenarnya telah dikupas dengan baik oleh Dr Syed Husin Ali menerusi buku ini dengan bahasa yang mudah difahami dan contoh-contoh yang amat dekat dengan pembaca. Persoalannya identiti, sejarah perjuangan, kaitan orang melayu dengan Islam, kedudukan ekonomi, pembangunan dan kerencaman hubungan antara orang melayu di Malaysia dengan kaum-kaum yang lain juga dibincangkan. Latar belakang akademik, pengalaman dan warna-warna kehidupan beliau adalah penyumbang utama kepada susun atur, perspektif dan intipati penulisan ini.

-- Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Semalaysia

RM30.00

Add to Cart:

Condition: , New
ISBN: 9789833172344
Shipping Weight: 0.33kgs
Publisher: Indie
Published: 2008
First Published: 2008


This product was added to our catalog on Friday 06 July, 2012.

Your IP Address is: 184.72.184.104