Merdeka, Rakyat & Keadilan

( Kumpulan Artikel mengkritik dasar-dasar UMNO-BN dan Mengemukakan Asas-asas Politik Menuju Malaysia Baru )

Author:   

Buku "Merdeka, Rakyat dan Keadilan" ini merupakan sebuah kumpulan tulisan, yang dipilih dari tulisan-tulisan saya untuk terbitan atau ucapan, dalam tempoh antara tahun 1997 dengan 2003. Tempoh ini bertindih dengan enam tahun terakhir pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Intisari yang dapat disimpulkan daripada semua tulisan dalam buku ini ialah: kritikan serta penilaian terhadap pelbagai dasar serta amalan pemerintahan UMNO-BN (terutama yang dianggap bobrok) di bawah pimpinan Mahathir. Berkaitan dengan ini dikemukakan pandangan dan saranan saya serta Parti Rakyat dan Keadilan Rakyat tentang bentuk perubahan atau reformasi yang perlu dilaksanakan. Matlamat perubahan ini ialah untuk menjana Politik Baru bagi mewujudkan sebuah Malaysia Baru dalam masa terdekat.

Sebagai penulis saya mengakui bahawa apa yang saya kemukakan dalam buku ini merupakan hanya satu sudut pandangan. Tentu ada hal-hal yang tidak disetujui oleh pelbagai pihak. Saya harap mereka akan memberikan pandangan secara kritikal dan ikhlas. Tradisi berdialog, berbahas dan berbeza pendapat perlu digalakkan berkembang, sekiranya kita mahu melihat wujudnya satu sistem pemerintahan yang memberi faedah untuk rakyat dan negara.

Syed Husin Ali

RM40.00  RM32.00

Add to Cart:

Condition: , New
ISBN: 9789832535324
Shipping Weight: 0.62kgs
Published: 2004
First Published: 2004


This product was added to our catalog on Tuesday 23 June, 2009.

Your IP Address is: 54.235.20.17