Buruan Dosa: Antologi Cerpen Terjemahan Pilihan 1961-71

Author:   

Antologi ini memuat sejumlah 18 buah cerpen pilihan yang telah diterjemahkan oleh Yusoff Zaky Yacob. Cerpen-cerpen yang dipilih sarat dengan kisah kehidupan manusia yang meredah ranjau dan duri, suka dan duka serta segala macam kepayahan. Sebagai insan, perasaan cinta, kasih dan benci dalam diri akan dapat menghimpunkan pelbagai tindakan yang adakalanya dibuat tanpa berlandaskan kewarasan akal fikiran. Kasih sayang yang amat mendalam mampu untuk menukarkan kebahagiaan menjadi satu penderitaan yang amat menyakitkan. Rasa sunyi yang menyelubungi kehidupan akan menimbulkan tindakan di luar dugaan dan kerinduan yang mendalam dapat menghapuskan semua perasaan yang wujud disanubari meski batin terseksa dan melara. Tema cinta, kehidupan dan kasih sayang menjadi landasan dalam setiap cerpen yang dihasilkan oleh pelbagai pengarang antarabangsa dalam antologi ini. Namun begitu sensitiviti kejiwaan tidak lepas dari membelenggu diri untuk mendapat kepuasan malah pelbagai cara akan dilakukan untuk mencapai hasrat yang diinginkan, menggunakan psikologi dan menuntut ilmu jiwa yang lebih tinggi serta pemikiran yang cenderung dan tajam. Cerpen-cerpen yang termuat ini merangkumi watak manusia pelbagai bangsa, melintasi sempadan negara dan melangkau benua. Pelbagai perasaan digambarkan dengan rasa sensitif yang menyentuh jiwa malah di dalamnya terdapat teladan, pengajaran dan keinsafan.

RM40.00

Sold Out

To be notified when this product is back in stock please click here.

Condition: , New
ISBN: 9789679427615
Shipping Weight: 0.61kgs
Publisher: UKM Publishers
Published: 2006
First Published: 2006


This product was added to our catalog on Thursday 14 May, 2009.

Let us notify you when this product is back in stock!

Simply enter your details below and we will send you an e-mail when “Buruan Dosa: Antologi Cerpen Terjemahan Pilihan 1961-71” is back in stock!

We will not send you any other e-mails or add you to our newsletter, you will only be e-mailed about this product!





Your IP Address is: 184.73.74.47