Hikmat yang Mengalir daripada Sang Murabbi


Dia adalah ayahanda, guru dan murabbiku. Dia juga adalah ayahanda, guru dan murabbi jutaan umat Islam di negara tercinta dan sekelilingnya. Ayahanda tuan guru ini, yang membezakan dia daripada para politikus ialah dakwah dan yang membezakan dia daripada pendakwah ialah qudwah. Di medan politik yang begitu kalut dan panas sekali bahangnya, dia seperti air yang menyimbah dan menyejukkan. Di medan dakwah pula, dia seperti seorang bapa yang mengajar dan menunjuki.

Dengan penampilannya yang begitu gagah di kedua-dua medan yang besar itu, politik dan agama diikat dan disatukan. Menjadi susah buat barah sekularisme menular dan menjahanamkan umat Islam yang dimusuhinya. Para pendukung sekularisme yang pada awalnya menjerit-jerit kegembiraan merayakan kejayaan menelanjangkan umat daripada pakaian agama yang menghiasi kehidupan, akhirnya menjadi seperti cacing kepanasan ditembak bahang panas matahari. Tumbang dan terkulai dengan kehadiran kumpulan pejuang agama yang ketuanya adalah seorang yang susuk tubuhnya kecil sahaja, tetapi jiwanya besar sekali, sukar diukur.

Ayahanda Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin Tuan Guru Haji Nik Mat Alim adalah seorang qudwah. Qudwah itu sifat nubuwwah. Ia rangkuman sifat-sifat mulia seperti benar, amanah, bijaksana, sabar, penyayang, berani dan istiqamah dalam amal dan dakwah. Sifat-sifat seperti ini mesti dimiliki para nabi kerana ia menjadi senjata paling ampuh dan berkesan menembus dan menerobos ke dalam jiwa manusia, membuang segala kehitaman dan karat duniawi dan hawa nafsu, lalu menyuci dan menghiasinya dengan ayat-ayat tauhid dan kehambaan pada Tuhan.

RM22.00

Sold Out

To be notified when this product is back in stock please click here.

Condition: , New
ISBN: 9789675968204
Shipping Weight: 0.35kgs
Publisher: Jundi Resources
Published: 2012
First Published: 2012


This product was added to our catalog on Monday 21 May, 2012.

Let us notify you when this product is back in stock!

Simply enter your details below and we will send you an e-mail when “Hikmat yang Mengalir daripada Sang Murabbi” is back in stock!

We will not send you any other e-mails or add you to our newsletter, you will only be e-mailed about this product!





Your IP Address is: 54.226.5.29