Cerpen Twitter

Author:   

CerpenTwitter ialah koleksi cerpen yang dimulakan oleh Ajami Hashim di akaun twitter peribadinya http://www.twitter.com/ajamiha pada 15 Mac 2011 melalui hashtag #cerpentwitter.

Asalnya ia hanyalah sekadar melepaskan kebosanan untuk menulis apa sahaja perihal yang terlintas di fikirannya. Namun kemudiannya ia berkembang menjadi kegilaan untuk bercerita di laman media social itu setiap hari.

Setelah lebih setahun. Ajami telah berjaya mengumpul beratus-ratus cerpen. Dia mencabar dirinya sendiri untuk menulis cerpen tidak melebihi dari 140 aksara di ruang twitter yang terhad dan seboleh-bolehnya menggunakan ejaan penuh.

Buku ini ialah koleksi 500 cerpen terpilih yang dibahagikan kepada tiga segmen iaitu drama, misteri dan komedi. Drama ialah cerpen-cerpen yang agak serius atau aneka frasa. Misteri ialah koleksi cerpen yang ada aksi ganas, seram, fiksyen sains atau pelik. Manakala komedi ialah aneka cerpen yang berunsur jenaka gelap atau terang yang sekurang-kurangnya mengundang senyum dalam hati.

RM15.00

Add to Cart:

Condition: , New
ISBN: 9789671118528
Shipping Weight: 0.13kgs
Published: 2012
First Published: 2012


This product was added to our catalog on Friday 24 August, 2012.

Your IP Address is: 54.234.42.16