Warisan Seni Bina Melayu Terengganu


Sejarah negeri Terengganu yang panjang mewariskan pelbagai tinggalan yang masih dapat kita lihat dan nikmati sampai hari ini. Salah satu daripada sekian banyak khazanah budaya asli negeri Terengganu yang masih utuh dengan nilai keindahannya ialah seni bina bangunan. Seni bina bangunan tradisional Melayu Terengganu adalah sebahagian daripada khazanah seni bina tradisional Melayu Nusantara dan pancaran tamadun mereka. Ia lahir daripada keluasan dan kedalaman akal budi serta kehalusan daya cipta para tukang mahir yang memanfaatkan bahan-bahan sekeliling mereka bagi tujuan membangunkan tempat kediaman dan sebagainya. Ia melambangkan identity dan kehidupan masyarakat Melayu yang bersebati hidupnya dengan alam sekeliling mereka sejak zaman-berzaman. Disebabkan landaan modenisasi, seni bina tradisional semakin terhapus, namun terdapat usaha segolongan pencinta seni bina tradisional yang gigih mempertahankan tradisi, dan berusaha mengekal dan mengembangkan warisan dalam bentuk yang sesuai. Justeru pada hari ini, kita dapat beberapa perkembangan penting dan menarik. Pertama, usaha untuk mengekalkan bangunan lama serta warisan tradisional dengan membaik pulih dan mengekalkan seni bina tradisional seperti rumah, masjid, wakaf, istana dan sebagainya. Ini dilakukan oleh pihak berkuasa seperti muzium dan pihak berkuasa warisan atau pihak berkepentingan lainnya. Selain itu, kita juga menyaksikan usaha mengembangkan seni bina tradisional sama ada menurut pendekatan revivalisme, neo-vernakular ataupun pendekatan metafizikal. Sebagai satu usaha penting mendokumentasikan seni bina tradisional Melayu, buku Seni Bina Tradisional Melayu Terengganu memperihalkan sejarah, jenis, bentuk dan fungsi seni bina Melayu Terengganu di samping menghuraikan upacara keagamaan yang dilaksanakan oleh para tukang di tapak pembinaan apabila mendirikan sesebuah rumah baru agar pemilik dan penghuni rumah mendapat kesejahteraan. Selain itu, ia juga menunjukkan perkembangan terkini di mana bentuk-bentuk seni bina tradisional,misalnya bentuk bumbung, dipadankan dengan seni bina moden dalam pelbagai bangunan seperti pejabat, hotel, lapangan terbang dan sebagainya. Buku ini ini amat berguna bagi orang ramai khususnya para pengkaji, pelajar dan peminat warisan seni bina Melayu dan merupakan sebuah dokumentasi yang amat bernilai mengenai salah satu warisan tamadun Melayu yang kaya-raya itu.

RM205.00

Add to Cart:

Condition: , New
ISBN: 9789671084403
Shipping Weight: 1.72kgs
Published: 2012
First Published: 2012


This product was added to our catalog on Friday 24 August, 2012.

Your IP Address is: 50.19.155.235