Hanya Tuhan Mengenal TenteraNya

( Persoalan Wibawa dalam Wacana Islam )


Ketaksuban keagamaan berkembang di dunia tidak lama setelah merebaknya ideologi Wahhabi. Ideologi yang disyaki didanai wang Arab Saudi - negara makmur mendadak setelah kenaikan harga minyak - ini bertanggungjawab memusnahkan kewibawaan institusi-institusi tradisional di dunia Muslim. Tradisi intelektual yang merupakan warisan zaman awal Islam musnah dirobohkan puritanisme yang menunjukkan pemusuhan terhadap semua bentuk pengetahuan sosial bersifat akademik atau tradisi intelektual yang kritis.

Membesar dalam sebuah budaya keagamaan Islam, pengarang Khaled M. Abou El Fadl sentiasa diingatkan oleh guru-gurunya bahawa tidak ada gereja di dalam Islam, dan bahawa tidak ada sesiapa mewakili wibawa Tuhan yang Kudus. Baginya, gembara yang diulang-ulang para guru itu membayangkan kesaksamaan dan kemampuan semua orang untuk mencapai Kebenaran Ilahi. Manusia cuba untuk membongkar Kehendak Ilahi, tetapi tidak ada seorang pun memiliki wibawa untuk mendakwa bahawa hanya dia mampu menemukannya.

Menerusi perbandingan antara authoritative dan authoritarian, antara wibawa dengan kuasa yang memaksa, pengarang buku ini membongkar kalut pemikiran Wahhabisme dan Salafisme yang mendakwa ingin memurnikan agama, sedangkan yang dilakukan hanyalah menyburkan kemalasan berfikir di dunia Muslim.

RM20.00

Add to Cart:

Condition: , New
ISBN: 9789833912087
Shipping Weight: 0.31kgs
Published: 2007
First Published: 2007


This product was added to our catalog on Thursday 29 April, 2010.

Your IP Address is: 107.22.156.205