Product was successfully added to your shopping cart.

Membina Bangsa Malaysia

By Abu Hassan Hasbullah , Aida Idris

Be the first to review this product

Quick Overview

Hasil kolaborasi enam orang penulis akademik dan bukan akademik, buku ini merupakan suatu usaha untuk mengupas cabaran dan hala-tuju rakyat Malaysia dalam membina identiti sebagai sebuah bangsa dari pelbagai aspek kenegaraan
MYR23.00

Availability: In stock

Details

Hasil kolaborasi enam orang penulis akademik dan bukan akademik, buku ini merupakan suatu usaha untuk mengupas cabaran dan hala-tuju rakyat Malaysia dalam membina identiti sebagai sebuah bangsa dari pelbagai aspek kenegaraan. Aziz Bari memberi analisa kritikal tentang undang-undang, hak asasi manusia dan demokrasi; sementara kebebasan media dan maklumat serta potensi teknologi baharu dibicarakan oleh Ooi Heng. Aida Idris merumuskan perkembangan serta masa depan ekonomi, manakala Dinsman merenung perkembangan seni-budaya dari perspektif seorang aktivis. Permasalahan kepimpinan remaja dalam masyarakat multi-etnik ditinjau oleh Abu Hassan Hasbullah, dan akhir sekali Syed Ibrahim Syed Noh membincangkan suatu pendekatan holistik mengenai modal insan dan pembangunan sumber manusia. Diharap penerbitan buku ini akan mencetuskan perbahasan yang sihat dan konstruktif untuk memajukan tanahair dan membina bangsa Malaysia, terutamanya dalam situasi di mana terdapat usaha di kalangan sesetengah pihak untuk memecah-belahkan perpaduan bangsa. Sememangnya, tanpa perbincangan yang jujur lagi terbuka, agak sukar bagi kita maju bersama.

Additional Information

ISBN 9789675832468
Weight 370.0000
No of pages 199
Book Format No
Date Published 2012
Publisher N/A
Condition mint

Product Tags

Use spaces to separate tags. Use single quotes (') for phrases.

  1. Be the first to review this product

Write Your Own Review