Product was successfully added to your shopping cart.

Children

Set Descending Direction

   

Items 1 to 10 of 24 total

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  1. Helang Berkaki Bumbung

    By Hasniah Hussain (Mama Tok)

    Ada seokor burung helang,

    Nasib dia sangat malang,

    Cuba tangkap burung merpati,

    Akhirnya dapat bumbung di kaki.

    MYR15.00
  2. Bangau, Oh Bangau

    By Elly Nor Suria
    Lagu Bangau, oh Bangau merupakan salah satu lagu kanak-kanak yang tidak ketinggalan zaman. Buku ini diilustrasi dengan lukisan yang pasti menarik kanak-kanak. Semoga lagu ini terus dinikmati dan disukai oleh kanak-kanak.
    MYR24.00
  3. Pok Amai-Amai - Pantun Nasihat

    By Emila Yusof
    Buku ini mengandungi 24 pantun nasihat. Pantun empat kerat yang terpilih bertujuan memberi nasihat kapada anak-anak dan pembaca supaya bersopan santun, mendengar ajaran guru, hormat orang tua dan pandai menjaga diri. Ilustrasi oleh pelukis tersohor, Emila Yusof cukup menceriakan setiap mukasurat. Pada setiap mukasurat juga diberi penerangan ringkas tentang pengajaran yang terkandung di dalam setiap pantun.
    MYR24.90
  4. Hadiah untuk Emak

    By Mazuin Stapah, Mohd Yusof Wahid
    Syahmi dan Nurin akan mendapat adik baru tidak lama lagi. Mereka ingin membeli hadiah untuk emak. Ayah membawa mereka ke kedai yang menjual bantal. Apakah bantal yang paling bagus? Pekedai memberitahu mereka bantal yang paling bagus diisi dengan kapok atau kekabu. Lalu dia membawa mereka ke belakang kedai di mana ada beberapa batang pokok kekabu. Pekedai juga menerangkan proses mengeluarkan kekabu dari buah kekabu sehingga akhirnya dijadikan bantal.
    MYR24.00
  5. Abang Saya

    By Azman Md Nor
    Buku bergambar kanak-kanak ini diceritakan oleh seorang adik yang tinggal di kampung. Dia kagum terhadap abangnya yang bekerja di kota. Apabila abang pulang dari kota, abang melawat kawan-kawangnya dan menjemput mereka ke rumah untuk makan. Pembaca berpeluang mengikut perjalanan abang di kampung kecil itu.
    MYR24.90
  6. Lelaki dari Sungai / Men from the River

    By Basari Mat Yasit
    Sebuah cerita rakyat. Tiga pemuda asing yang tampan dan pandai bermain sape serta gendang telah menyertai pesta muzik di sebuah kampung di Sarawak. Pemuda kampung berasa cemburu lalu mengintip mereka. Rupa-rupanya pemuda asing itu adalah buaya yang tinggal di sungai.
    MYR24.00
  7. Sedapnya Nangka

    By Emila Yusof, Naemah Ismail
    Mamat dan Siti selalu bermain bersama-sama di rumah nenek mereka. Di halaman rumah Nek Esah ada sepohon pokok nangka yang lebat berbuah. Mamat dan Siti berasa tidak sabar untuk makan buah nangka tersebut.
    MYR24.00
  8. SIAPA?

    By Mohd Khairul Azman Ismail, Razisatul Asyifah Ismail
    Dot amat masyhur dengan keberanian dan kegagahannya. Tetapi ada yang lebih hebat dan kuat daripadanya. Siapakah agaknya itu? Cerita yang berdasarkan cerita rakyat negara Iran ini cukup menarik, ditambah pula dengan ilustrasi yang menawan hati.
    MYR24.90
  9. Menjadi Bintang - Puisi Kanak-kanak

    By Emila Yusof, Mazni Md. Ramly
    Buku ini mengandungi sepuluh buah puisi menarik tentang makanan tradisional dan nasihat yang berguna mengenai jati diri semasa kecil. Antaranya; Pulut Mengaji, Pelangi, Lawa Terung dan Menjadi Bintang. Ia sesuai dibaca atau dinyanyikan bersama keluarga. Ilustrasi oleh pelukis tersohor, Emila Yusof cukup menarik dan sepadan dengan setiap puisi.
    MYR24.90
  10. ABC Malaysia

    By Nur Azmi Mokhtar
    Kini sudah ada sebuah buku untuk kanak-kanak Malaysia belajar huruf ABC dengan mengenali benda, haiwan dan tanaman di sekeliling mereka. Buku ini diterbitkan atas permintaan ibu bapa dan guru-guru dan diharapkan buku ini akan disayangi oleh anak-anak apabila mempelajari huruf ABC.
    MYR25.00
Set Descending Direction

   

Items 1 to 10 of 24 total

  1. 1
  2. 2
  3. 3