Product was successfully added to your shopping cart.
Previous

Ringkasan Sejarah Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya

Previous

Panduan Analisis Data SecaraEfisien

Kajian Perbandingan Pantun Melayu dengan Nyanyian Rakyat Cina

By Xu You Nian

Be the first to review this product

Quick Overview

Buku ini bukan sahaja adalah hasil penyemakan dan penambahbaikan secara menyeluruh dengan mengintegrasikan bahan kajian yang terbaharu dengan sudut pandangan serta kaedah kajian yang terbaharu setelah mengambil masa setengah hayat hidup saya, tetapi juga mengajukan model kajian terhadap pantun yang baru dengan melibatkan banyak negara.
MYR40.00

Availability: Out of stock

Details

Buku ini bukan sahaja adalah hasil penyemakan dan penambahbaikan secara menyeluruh dengan mengintegrasikan bahan kajian yang terbaharu dengan sudut pandangan serta kaedah kajian yang terbaharu setelah mengambil masa setengah hayat hidup saya, tetapi juga mengajukan model kajian terhadap pantun yang baru dengan melibatkan banyak negara. Oleh sebab itu, buku ini diharap dapat membawa pembaikan dan peningkatan kepada kajian terhadap pantun tidak kira sama ada dari segi ruang lingkup kajian (yang luas dan mendalam), sudut pandangan, cara kajian dan bahan kajian yang kaya ataupun ketepatan hujah - berasaskan bahan yang digunakan sebagai bukti. Nilai kajian ini juga terletak pada ia bukan sahaja boleh mengisi kekosongan dalam kajian seumpama ini di China, malah juga membantu menambah satu lagi lapisan kebudayaan ke atas batu asas hubungan dan pertukaran kebudayaan, selain perkembangan ekonomi dan politik antara China dengan negara-negara di Alam Melayu pada masa sekarang. Keistimewaan yang paling besar dalam buku ini ialah huraiannya tentang sumber permulaan perkembangan hubungan kebudayaan antara China dengan negara-negara di Alam Melayu selama ribuan tahun ini setelah mengkaji-prosesnya, selain pengaruh dan faktor yang berkenaanyang terlibat secara mendalam dan terperinci. Untuk menjalankan kajian ini, saya telah memilih topik perbandingan nyanyian rakyat cinta di China sebagai tali untuk mengeratkan hubungan kebudayaan Cina dengan pantun Melayu melalui beberapa aspek dalam ilmu seks untuk cuba mengungkapkan 'kebenaran sejati' manusia, sekaligus keperluan yang paling asas pada manusia. Bertitik-tolak dari itulah, saya telah menjalankan kajian perbandingan ini dengan terperinci dan menyeluruh. Dengan menyelami pengajian tentang fungsi kebudayaan nyanyian rakyat Cina dan pantun Melayu dengan menggali dan membongkar aspek seks dan cinta asmara yang paling jitu dan tulus ikhlas itulah diharapkan kita dapat mengetahui kesedaran manusia pada masa silam terhadap hidup sehinggakan kita dapat menikmati dan menghayati alunan merdu dalam nyanyian rakyat Cina dan pantun Melayu yang dipersembahkan dengan lincah, menarik dan berbeza antara satu dengan yang lain.

Additional Information

ISBN 9789670630526
Weight 300.0000
No of pages 375
Book Format No
Date Published 2015
Publisher SIRD
Condition mint

Product Tags

Use spaces to separate tags. Use single quotes (') for phrases.

  1. Be the first to review this product

Write Your Own Review